Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi, calon nombor lima dalam kertas undi untuk pertandingan jawatan Naib Yang Dipertua PBB (Bumiputera).

Julaihi sifatkan pemilihan Naib YDP PBB pertandingan dalam keluarga besar

KUCHING, 12 Feb: Calon nombor lima, Dato Sri Julaihi Narawi, menyifatkan pemilihan bagi jawatan Naib Yang Dipertua (Sayap Bumiputera), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai pertandingan dalam keluarga besar parti.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu berkata, meskipun wujud pertandingan, pemimpin dan ahli PBB sentiasa bekerjasama demi pembangunan Sarawak terutama bagi mencapai matlamat memajukan wilayah ini menjelang tahun 2030.

Julaihi yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata beliau akan terus memberi sumbangan dan kerjasama kepada semua ahli parti untuk mengukuhkan jenteranya, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malah beliau bertekad akan terus memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk menyumbang kepada parti dan Sarawak.

“Saya berharap rakan-rakan parti di seluruh Sarawak akan terus memberi sokongan dan kerjasama seperti yang telah diberikan kepada saya sehingga hari ini,” katanya.

Selain Julaihi, mereka yang bertanding pada Perhimpunan Agung PBB Ke-16 ini adalah Datuk Len Talif Salleh, Dato Ibrahim Baki, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Mereka bertanding bagi empat jawatan dalam Sayap Bumiputera.

Perhimpunan Agung Ke-16 Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita PBB akan berlangsung pada Jumaat ini.

Sementara itu, Perhimpunan Agung PBB Ke-16 akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Bertemakan “PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian Sarawak”, ia akan dirasmikan Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan