Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Dewan Rakyat: RM1.9 juta diluluskan galak pengkaryaan kreatif, pemeliharaan warisan budaya

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) terus berusaha menggalakkan potensi karyawan muda dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan kesenian melalui pelbagai inisiatif yang memberi peluang kepada bakat baharu untuk diketengahkan.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, antara usaha yang dijalankan adalah pemberian Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang telah diluluskan sejumlah RM1.9 juta bagi 27 permohonan pada tahun lepas.

Katanya, geran tersebut menyokong penghasilan karya dalam kategori penulisan, penerbitan media cetak dan digital, pengkaryaan kreatif dalam bahasa dan sastera serta pendokumentasian yang memelihara seni budaya dan warisan negara.

“Bagi menyemarakkan bidang penulisan seni visual pula, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah memberi peluang kepada 356 penulis dan kurator muda menyumbang karya mereka dalam majalah SENIKINI, yang diterbitkan sejak 2008.

“LPSVN turut menyediakan peruntukan khas bagi menerbitkan buku-buku seni visual yang menjadi platform untuk mengasah bakat dan kreativiti karyawan muda dalam bidang penulisan seni visual.

“Sejak dari tahun 2019, sebanyak 23 judul buku telah diterbitkan di bawah kerjasama ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan – Balik Pulau) yang ingin tahu inisiatif kerajaan dalam membangunkan potensi karyawan muda dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan kesenian agar bakat baharu dapat diketengahkan.

Selain itu, Khairul memberitahu, Program Young Art Entrepreneur (YAE!) juga telah menyumbang kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan graduan seni dan pelukis muda.

“Sejak 2017 hingga 2024, program ini telah membantu 155 usahawan muda membina karya
seni dan produk dengan bimbingan menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul memberitahu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut menyumbang kepada perkembangan seni melalui Insentif Seni yang menawarkan bantuan kewangan sehingga RM15,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), universiti dan penggiat seni sejak 2019.

“Sehingga 2024, seramai 343 penerima bantuan melalui insentif kewangan dengan jumlah bantuan sebanyak RM 2.9 juta termasuklah bidang penulisan kreatif seperti penulisan puisi, cerita pementasan teater dan penerbitan album syair,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan