Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Dewan Rakyat: Anggota wanita ATM tampil cemerlang, berbakti dalam misi kemanusiaan antarabangsa

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menunjukkan komitmennya dalam memberi sumbangan bermakna di peringkat antarabangsa, khususnya melalui penglibatan anggota wanita dalam misi-misi kemanusiaan dan pengaman.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat dalam ATM telah mencapai 9,550 orang, dengan pecahan sebanyak 6,574 anggota dari tentera darat, 1,953 anggota dari tentera laut, dan 1,023 anggota dari tentera udara.

“Sehingga 31 Disember 2024, seramai 222 anggota wanita ATM telah berkhidmat di luar negara dan mereka terlibat dalam misi kemanusiaan, misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), latihan bersama negara-negara rakan strategik, serta tugasan diplomatik ketenteraan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (Perikatan Nasional – Kepala Batas) berhubung bilangan anggota tentera wanita yang masih berkhidmat di dalam sektor darat, udara dan laut serta yang telah dihantar ke misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Menurut Adly, sehingga kini, ATM telah melaksanakan tiga misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa dengan penglibatan 118 anggota wanita.

“Pertama, Op STARLIGHT bagi memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh melibatkan penugasan seramai 89 anggota wanita iaitu 36 peratus daripada 245 jumlah keseluruhan anggota misi.

“Kedua, Op STARLIGHT bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye melibatkan penugasan seramai 21 anggota wanita iaitu 19 peratus daripada 110 penglibatan keseluruhan anggota misi,” ujarnya.

Antara lain, beliau memberitahu, terdapat juga misi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia melibatkan penugasan 8 anggota wanita iaitu 11 peratus daripada 70 penglibatan keseluruhan anggota misi.

Selain daripada misi-misi tersebut, tambah Adly, seramai 85 anggota wanita ATM juga telah dihantar dalam Misi Pengaman PBB di Lubnan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan