KUALA LUMPUR, 12 Feb: Seorang kanak – kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital selepas dipatuk seekor ular sawa di sebuah apartment di Ampang Jaya, Selangor tengah hari semalam.
Kejadian pada 11 pagi itu berlaku ketika kanak-kanak berkenaan hendak membuang air kecil di tandas rumah mereka yang di tingkat empat kediaman berkenaan.
Polis terima laporan ular sawa dilepaskan dalam longkang di Putra Permai
Difahamkan sebaik sahaja membuka mangkuk tandas, kanak – kanak berkenaan dipatuk reptilia berkenaan.
Sementara itu Angkatan Pertahanan Awam Maklaysua (APM) Gombak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.45 tengah hari.
Empat anggota yang dikejarkan ke lokasi berjaya menangkap ular sawa itu.
Kanak – kanak berkenaan yang dirawat di Hospital Ampang dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -TVS.