Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang ditemui TVS hari ini. Foto TVS

BAMTC: Malaysia perlu kalahkan Indonesia untuk mara

ByAsmah Adenan

KUCHING, 12 Feb: Kekalahan Malaysia dalam menentang pasukan Hong Kong dianggap suatu keputusan yang amat mengecewakan selain mengejutkan semua pihak.

Menurut bekas pemain Badminton Negara, Muhammad Roslin Hashim berkata, kekalahan itu merupakan pertama kalinya Malaysia kecundang kepada Hong Kong.

“Apabila kita melihat pemain yang diturunkan adalah pemain yang kedua bukan pemain utama, cuma ada beberapa sektor sahaja yang menurunkan pemain utama jadi ini yang menjadi persoalan sebenarnya kenapa tak menurunkan pemain yang lebih baik, yag senior untuk bertemu Hong Kong pada hari ini?

“Bagi saya kita berada dalam kumpulan yang agak kuat bersama Indonesia, jadi perlawanan pertama adalah yang amat penting sebenarnya tetapi apabila kita melihat pemain yang diturunkan, seolah-olah kita merasakan kita tidak mengambil serius dalam kejohanan kali ini,” katanya yang ditemui TVS di sini, hari ini.

Bagi perlawanan esok, kata Roslin, Malaysia bakal menentang negara jiran iaitu Indonesia, Malaysia harus menang sekurang-kurangnya 5-0 atau 4-1 bagi melayakkan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya.

Beliau juga berharap agar ada peluang cerah untuk Malaysia menang menentang Indonesia selain berharap agar skuad Malaysia dapat menurunkan barisan pemain yang terkuat untuk bertemu Indonesia esok.

Terdahulu, pasukan Malaysia telah tewas 3-2 kepada pasukan Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China hari ini.

Pada aksi pembuka tirai Kumpulan B, beregu Campuran Negara (Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin) yang turun membuka gelanggang di Pusat Sukan Qingdao Conson tersebut tewas kepada pasangan Tang Chun Man-Ng Tsz Yau dalam tiga set permainan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan