Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tabung Kumpulan Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir. Foto fail Zaim Zharfan (TVS)

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA, 12 Feb: Tabung Kumpulan Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi satu kenyataan memaklumkan selain itu, usahawan terlibat dibenarkan mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan dan boleh membuat penjadualan semula pembayaran pembiayaan.

“Bagi usahawan TEKUN yang mengalami kerosakan premis perniagaan dan stok barangan, boleh memohon pembiayaan bertindih untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas.

“Sebanyak 702 usahawan TEKUN dari Sabah dan Sarawak didapati terjejas akibat banjir dengan anggaran kerugian RM3.2 juta,” menurut kenyataan itu hari ini.

KUSKOP memaklumkan bantuan dalam bentuk suntikan modal atau pembiayaan tambahan boleh digunakan oleh usahawan untuk memulihkan atau meningkatkan operasi perniagaan mereka selepas kejadian banjir.

Selain itu, kementerian berkenaan menyatakan Bank Rakyat pula menawarkan penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh hingga enam bulan sepanjang tempoh pembiayaan.

Antara produk yang ditawarkan menerusi kemudahan ini ialah Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pajak Gadai-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Kad Kredit-i.

“Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) menawarkan bantuan banjir berbentuk moratorium tiga hingga enam bulan untuk bayaran ansuran bulanan tertakluk pada permohonan dan kelulusan pengurusan,” menurut KUSKOP.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyumbangkan bantuan kepada anggota koperasi yang terjejas berupa Bantuan Bakul Makanan dan peralatan elektrik di Sarawak (Serian dan Miri) yang bernilai RM15,000, dan RM10,000 bagi Sabah.

“Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga menyumbangkan sebanyak 100 Bantuan Bakul Makanan untuk anggota koperasi yang terjejas di Kota Belud, Lahad Datu, Serian dan Bintulu.

“Usahawan dan koperasi yang terjejas banjir digalakkan untuk menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi di bawah KUSKOP berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif banjir yang ditawarkan,” menurut kenyataan itu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan