Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan kepada 609 orang pagi ini berbanding 604 orang malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tujuh PPS masih beroperasi, dengan tiga daripadanya di Bahagian Mukah yang menempatkan 308 orang berbanding 303 orang semalam.

Sementara itu, di Bahagian Miri seramai 210 orang ditempatkan di dua buah PPS, Bahagian Bintulu 88 orang di satu PPS, dan di Sibu tiga orang juga ditempatkan di sebuah PPS.

Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 477 orang melibatkan 145 keluarga 8 pagi ini, berbanding 505 orang daripada 159 keluarga malam tadi.

Seramai 302 orang daripada 99 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Beaufort manakala 175 orang membabitkan 46 keluarga di dua PPS daerah Kinabatangan.

Menurut kenyataan itu, keadaan banjir semakin pulih dan trend pemindahan mangsa banjir di semua daerah kekal berkurangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan