Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di Kuching, hari ini. Foto TVS

Wanita berhak perjuang hak kesaksamaan, elak diskriminasi – Nancy

ByWilly Jali

KUCHING, 11 Feb: Wanita mempunyai hak untuk mempertahankan hak kesaksamaan bagi memastikan setiap wanita mendapat peluang yang saksama dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi, kata Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, meskipun kemajuan wanita dalam pelbagai sektor amat membanggakan, masih banyak cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai kesaksamaan gender yang sebenar.

“Hari ini, wanita semakin maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kepimpinan, teknologi hingga ke keselamatan dan ekonomi.

“Tetapi, kita tahu bahawa perjalanan masih jauh dan perjuangan masih perlu diteruskan untuk memastikan setiap wanita mendapat peluang yang saksama dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi,” katanya ketika berucap sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di Kuching, hari ini..

Jelas Nancy, kerajaan komited dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif dengan memperkukuhkan dasar serta inisiatif bagi menyokong penyertaan wanita dalam semua sektor.

“Kerajaan terus berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil, inklusif dan progresif. Namun, kejayaan ini hanya boleh dicapai jika semua pihak termasuk sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu bersama-sama menyokong usaha menghapuskan keganasan terhadap wanita serta memperkasakan penyertaan mereka dalam membuat keputusan.

“Sambutan ini juga bertujuan untuk menyebarluaskan pengetahuan tentang cabaran yang dihadapi wanita hari ini, di samping membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kepentingan gender menjadi keutamaan dalam perancangan dan pembangunan negara,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan