Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stesen televisyen Sarawak, TVS melalui TVS Prihatin terus komited menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan untuk meringankan beban selepas dilanda bencana tersebut. Foto TVS

TVS Prihatin salur bantuan banjir di Daerah Serian

ByHaleyson Roland

SERIAN, 11 Feb: Stesen televisyen Sarawak, TVS melalui TVS Prihatin meneruskan Tanggungjawab Sosial Korporal (CSR) dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan untuk meringankan beban selepas dilanda bencana di Daerah Serian.

Antara sumbangan yang disalurkan merangkumi pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, lampin dan barang kegunaan harian seperti ubat serta berus gigi.

Bantuan ini dihantar terus kepada Pejabat Residen Daerah Serian sebelum diserahkan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Pegawai Tadbir, Nazreen Mayaddin berkata, pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini hendaklah melalui Pejabat Residen Serian terlebih dahulu sebelum disalurkan.

“Untuk pihak yang bukan kerajaan seperti NGO dan individu yang hendak menyalurkan sumbangan, mereka harus melalui Pejabat Residen kerana di sini merupakan Pusat Pengurusan Bencana Bahagian,” katanya ketika ditemui TVS semasa penyerahan sumbangan TVS Prihatin di Pejabat Residen Daerah Serian petang ini.

Pejabat Residen yang bertindak sebagai Pusat Pengurusan Bencana Bahagian akan menjadi perantara untuk menghantar bantuan ke lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas akan dihantar ke rumah memandangkan banjir sudah surut sepenuhnya di Serian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan