Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tarikh baharu untuk melangsungkan dua aksi tertunda pasukan Kuching City FC menentang dua pasukan lawan berbeza sudah dikenal pasti. Foto Kuching City FC

Tarikh baharu bagi dua aksi tertunda Kuching City FC dikenal pasti

BySuara Sarawak

KUCHING, 11 Feb: Tarikh baharu untuk melangsungkan dua aksi tertunda pasukan Kuching City FC menentang dua pasukan lawan berbeza sudah dikenal pasti.

Bagaimanapun, ia masih belum dimuktamadkan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Iswandy Ali Hassan memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan dua tarikh berbeza untuk meneruskan semula perlawanan tertunda tersebut.

Menurut Iswandy, tarikh cadangan pertama adalahpada 4 Mac depan bagi perlawanan menentang Sri Pahang FC di gelanggang lawan.

Manakala, tarikh cadangan bagi aksi kedua yang tertunda menentang Kedah FC di laman sendiri pula adalah pada 12 Mac.

“Kita sudah mengemukakan tarikh yang dicadangkan itu kepada pihak MFL untuk meneruskan dua perlawanan tertunda berkenaan.

“Mungkin keputusannya akan dapat diketahui dalam masa terdekat nanti,” kata Iswandy kepada Arena Suara Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan