Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Abdulaziz, Kuantan, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Sultan Pahang terima menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Abdulaziz

ByCheryl Syahmina Toh

KUANTAN, 11 Feb: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Turut serta, Che Puan Panglima Raja Puteri Suraiya Afzan Dato’ Indera Mohamed Moiz serta  Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Astana Negeri Sarawak menerusi hantaran di media sosial, dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan, termasuk hal ehwal semasa serta kerjasama dua hala yang boleh dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua negeri.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam dan diakhiri dengan Majlis Santapan Tengah Hari.

Tun Wan Junaidi menjunjung kasih atas limpah perkenan serta mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dan seluruh keluarga dirahmati kesihatan, dipermudahkan segala urusan pemerintahan dan semoga Pahang terus maju dan makmur.

Lawatan rasmi ini merupakan lawatan yang pertama bagi beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke Pahang dan akan berlangsung selama tiga hari sehingga 12 Februari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan