Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin. Foto fail AFP

Presiden Romania umum letak jawatan

ByBernama

BUCHAREST, 11 Feb: Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.

“Untuk menyelamatkan Romania dan rakyatnya daripada krisis ini … saya meletakkan jawatan sebagai Presiden Romania,” kata Iohannis dalam sidang media di Istana Cotroceni.

“Saya akan melepaskan jawatan ini lusa, pada 12 Feb,” tambahnya.

Keputusan itu dibuat ketika parlimen Romania dijadual bersidang pada Selasa, 10 pagi waktu tempatan bagi membincangkan usul untuk menggantung Iohannis daripada jawatan presiden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan