Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Makanan sejuk beku yang dirampas polis menerusi satu serbuan di Kota Samarahan pada Isnin. Foto PDRM

PGA Sarawak rampas lebih 60 ribu kilogram makanan sejuk beku tanpa permit

KUCHING, 11 Feb: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak menerusi Op Taring Chiller merampas kira-kira 60,352 kilogram makanan sejuk beku tanpa permit dalam serbuan di sebuah premis di Kota Samarahan.

Komander Briged Sarawak PGA, Dr Che Ghazali Che Awang berkata serbuan pada pukul 10.30 pagi Isnin itu menemui pelbagai jenis produk makanan sejuk beku yang disimpan di dalam dua kontena di premis tersebut.

“Pasukan serbuan (Batalion 11 PGA Kuching) menahan dua lelaki warga tempatan berumur antara 31 hingga 41 tahun.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis forklift,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM3.8 juta mengikut harga pasaran.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak Veterinar Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 9(1)(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Sepanjang pengoperasian Op Taring Briged Sarawak PGA yang dilaksanakan dari 1 Januari hingga 10 Februari 2025, Briged Sarawak PGA telah mencatatkan kejayaan bernilai RM70.4 juta.

Operasi berkenaan merekodkan 42 kes melibatkan 82 orang yang ditangkap serta rampasan 35 kenderaan pelbagai jenis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan