Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Awang Bemee Awang Ali Basah bersama calon-calon dan wakil jawatan Naib Yang Dipertua PBB pada sidang media selepas proses cabut undi bagi menentukan susunan dalam kertas undi di Ibu Pejabat PBB di Kuching, hari ini.

Perhimpunan Agung PBB: Enam calon bertanding bagi empat jawatan Naib Yang Dipertua (Bumiputera)

KUCHING, 11 Feb: Enam calon akan bertanding bagi empat jawatan Naib Yang Dipertua sayap Bumiputera pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada hujung minggu ini.

Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah berkata mereka yang bertanding terdiri daripada (urutan mengikut nombor pada kertas undi) Datuk Len Talif Salleh, Dato Ibrahim Baki, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Annuar Rapaee, Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya lagi, semua 82 cawangan PBB telah bersetuju agar tiada pertandingan bagi jawatan Yang Dipertua yang disandang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Yang Dipertua (Pesaka) disandang Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Yang Dipertua (Bumiputera) disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang Dipertua Kanan (Bumiputera) disandang Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Yang Dipertua Kanan (Pesaka) disandang Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Proses cabut undi bagi menentukan susunan dalam kertas undi diadakan di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Awang Bemee berkata lagi, bagi empat jawatan Naib Yang Dipertua (Pesaka) tiada pertandingan, yakni mengekalkan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Gerawat Gala dan Dato Gerald Rentap Jabu.

Menurutnya lagi, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (Bumiputera) sebanyak 20 pencalonan diterima bagi 16 jawatan, manakala 14 jawatan yang sama bagi sayap Pesaka menyaksikan 19 pencalonan.

Bagi sayap Bumiputera, mereka yang dicalonkan ialah (mengikut susunan kertas undi) Dato Haidar Khan asghar, Awla Dris, Safiee Ahmad, Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, Mohamad Duri, Yusuf Abdul Wahab Dato Mohamad Yusnar Matalie, Abdul Yakub Arbi, Sulhie Salleh dan Zainulabidin @ Zainal Ismail.

Selain itu, turut dicalonkan, Datuk Aidel Lariwoo, Comar Amid, Iskandar Turkee, Julaihi Mohamad Datuk Ahmad Ibrahim, Razaili Gapor, Hadzman Johnny, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Mohammad Razi Sitam dan Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa.

Mereka yang bertanding untuk sayap Pesaka terdiri daripada Henry Kilah Talek, Dato Daniel Jubang Kanyan, Datuk Jefferson Jamit Unya, Dato Dennis Ngau, Lesley Luyoh Akah, Lidam Assan, Jawan Nyaun dan Datuk Willie Mongin.

Calon lain ialah Dato Henry Sum Agong, Jampi Tutong, Michael Mujah Lihan, Kalang Jok, John Ilus, Dr Simon Sinang Bada, Leonard Jambu, James Agat Diggat, Dato Dr Richard Rapu, Datuk Dr Jerip Susil dan Dato Paulus Palu Gumbang.

Perhimpunan Agung PBB akan berlangsung Khamis hingga Ahad ini dengan bertemakan “PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian Sarawak”.

Abang Johari dijadual merasmikan perhimpunan itu pada Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan