Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh

Pengalaman dan keyakinan dorong Len Talif bertanding jawatan Naib Yang Dipertua PBB

KUCHING, 11 Feb: Datuk Len Talif Salleh menyifatkan pencalonannya untuk jawatan Naib Yang Dipertua, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) didorong oleh keupayaaan serta semangat yang kuat demi parti dan rakyat Sarawak.

Calon nombor satu dalam kedudukan kertas undi itu berkata pengalaman 32 tahun dalam pentadbiran dan politik bukan masa yang singkat dan mudah.

“Pengalaman ini memberi kekuatan dan keyakinan bagi memperkukuh lagi PBB  ini ke arah kemajuan untuk melakar kegemilangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar percaya dengan kerjasama dan sokongan serta dokongan yang padu berupaya memajukan PBB sebagai parti yang relevan dan mampu berdaya saing.

“Pencalonan ini juga mencerminkan komitmen saya untuk berjuang demi kesejahteraan masyarakat, memastikan suara mereka terus didengari dan dipertahankan dalam setiap keputusan yang diambil,” katanya.

Selain Len Talif, lima lagi calon akan bertanding bagi empat jawatan Naib Yang Dipertua bagi Sayap Bumiputera pada Perhimpunan Agung PBB pada hujung minggu ini.

Mereka yang lain terdiri daripada Dato Ibrahim Baki, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Annuar Rapaee, Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan