Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi mendengar taklimat ketika mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Hospital Petra Jaya di Kuching, hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Pembinaan Hospital Petra Jaya capai 76 peratus, dijangka siap Ogos 2025

KUCHING, 11 Feb: Pembinaan Hospital Petra Jaya di sini kini telah mencapai 76 peratus siap, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, projek dengan kos lebih RM400 juta ini bakal memanfaatkan penduduk dengan 300 katil disediakan, kemudahan parkir bawah tanah serta fasiliti kesihatan yang lain.

“Projek ini dijangka siap pada Ogos 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya susulan lawatannya ke tapak projek itu, semalam.

Beliau turut mengingatkan kepada semua kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dan menyempurnakan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

“Usaha kementerian dalam menangani projek lewat tidak akan dapat dijayakan sekiranya tidak mendapat kerjasama yang baik dari semua kontraktor.

“Kerajaan Madani terus bekerja demi memastikan kualiti infrastruktur negara dapat disediakan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta turut meninjau tapak Projek Pembinaan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Sarawak bersama pasukan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.

Projek Reka dan Bina ini yang dilaksanakan oleh JKR sebagai agensi pelaksana dan Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian pelanggan menelan belanja sebanyak RM174 juta dan dijangka siap Julai 2025.

Skop kerja melibatkan pembinaan kompleks pentadbiran, kompleks hangar, depoh bahan api, stor bahan kimia, mes pegawai udara, pasang kawad, dewan serbaguna, garaj kenderaan berbumbung, pejabat pengangkutan, taxiway, apron, hangar, storm shelter, engine ground run (EGR) dan washing bay.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan