Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Martin Ben diumum sebagai Ketua Pemuda PBB.

PBB: Martin Ben diumum Ketua Pemuda baharu, Fatimah kekal Ketua Wanita

KUCHING, 11 Feb: Datuk Martin Ben diumum sebagai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas penyandangnya Miro Simuh memutuskan untuk melepaskan jawatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perhimpunan Agung PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah mengumumkan perkara ini pada sidang media sempena proses cabut undi bagi menentukan nombor calon pada kertas undi di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Martin merupakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup.

Awang Bemee turut mengumumkan Dato Lukanisman Awang Sauni dan Allan Siden Gramong kekal sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Dalam pada itu, jawatan Ketua Wanita PBB tidak dipertandingkan seperti dipersetujui semua 82 cawangan, sekali gus mengekalkan Dato Sri Fatimah Abdullah menerajui pergerakan itu.

“Bagi Pergerakan Wanita, semua jawatan tidak dipertandingkan, mengikut apa yang dipersetujui kesemua 82 cawangan PBB di seluruh Sarawak,” katanya.

Fatimah merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak dan ADUN Dalat.

Perhimpunan Agung Ke-16 Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita PBB akan berlangsung pada Jumaat ini.

Sementara itu, Perhimpunan Agung PBB Ke-16 akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Bertemakan “PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian Sarawak”, ia akan dirasmikan Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan