Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun kepada 1,775 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,062 orang pada pagi tadi. Foto TVS

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun kepada 1,775 orang setakat petang ini

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun kepada 1,775 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,062 orang pada pagi tadi.

Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,040 orang daripada 326 keluarga berbanding 1,061 orang daripada 332 keluarga pada pagi tadi.

Seramai 707 orang (234 keluarga) ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort, 232 orang (58 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, manakala 101 orang (34 keluarga) di sebuah PPS di daerah Membakut.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 18 kampung terjejas akibat banjir dengan 13 daripadanya di Membakut, tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.

“Trend pemindahan mangsa banjir di daerah Membakut menurun, manakala daerah lain kekal pada 4 petang ini,” menurut sekretariat itu.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak juga mencatatkan penurunan kepada 735 orang pada petang ini berbanding 1,001 orang pada pagi tadi dengan dua lagi PPS, masing-masing di Miri dan Bintulu telah ditutup petang ini, menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi menurun kepada tujuh.

Menurut JPBN Sarawak, seramai 438 orang berlindung di tiga PPS di bahagian Mukah, 210 orang di dua PPS di Miri, 84 orang di sebuah PPS di Bintulu dan tiga orang di sebuah PPS di Sibu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan