Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Sidang Kemuncak Institut Kepimpinan Kontemporari (CLIS) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching hart ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak utamakan kualiti hidup rakyat, bukan sekadar angka KDNK

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 11 Feb: Kerajaan Sarawak mengutamakan kualiti hidup rakyat sebagai ukuran utama kejayaan sesebuah negara, berbanding hanya bergantung kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, komitmen ini telah digariskan sebagai satu daripada tiga teras dalam Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) iaitu Keterangkuman Sosial.

“Bagi Sarawak, infrastruktur merupakan keutamaan utama, termasuk bekalan air, bekalan elektrik serta kesalinghubungan, sama ada internet, kesalinghubungan digital atau infrastruktur jalan raya.

“Dengan pelbagai sumber yang terdapat di Sarawak, manfaatnya mesti sampai ke peringkat akar umbi dalam kalangan masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Institut Kepimpinan Kontemporari (CLIS) 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Namun begitu, Abang Johari tetap menyatakan keyakinannya untuk mencapai sasaran KDNK sebanyak RM280 bilion menjelang 2030.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyarankan kepimpinan masa depan untuk terus meneroka potensi teknologi baharu dan menggunakannya untuk kemajuan negeri dan rakyat.

Beliau berkata, usaha ini harus selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak yang kini sedang menerajui ekonomi hidrogen sebagai sebahagian daripada transformasi ekonomi negeri.

“Dengan kemajuan teknologi, Sarawak akan mempunyai sumber hidrogen yang banyak daripada sumber air kita, termasuk di Batang Ai, Murum, Baleh dan sebagainya.

“Walaupun teknologi pemisahan hidrogen masih mahal ketika ini, kosnya dijangka menurun seiring dengan perkembangan teknologi seperti mana yang berlaku kepada komputer dahulu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan