Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Dengan Atlantic Council Millenium Leadership Program Study Tour Malaysia di Kuching, malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kepimpinan tangkas perlu untuk mengurus cabaran global tidak menentu

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Feb: Kepimpinan tangkas serta pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi kunci utama dalam menghadapi cabaran global yang semakin sukar diramal, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menegaskan bahawa dunia kini berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan yang memerlukan pemimpin berwibawa dan fleksibel di peringkat global.

“Cabaran yang kita hadapi sama ada di Eropah, ASEAN atau Afrika adalah serupa. Oleh itu, pemimpin yang tangkas dan mampu menyesuaikan diri amat diperlukan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Lawatan Kerja Atlantic Council Millennium Leadership Program Study Tour Malaysia di sini, malam ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu lain pada Majlis Makan Malam Bersempena Lawatan Kerja Atlantic Council Millennium Leadership Program Study Tour Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Beliau turut menekankan kepentingan kepimpinan yang mampu memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang dan berkesan.

“Angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak semestinya mencerminkan kesejahteraan sesebuah negara. Negara maju biasanya menilai kejayaan ekonomi berdasarkan pertumbuhan KDNK, tetapi itu bukan ukuran yang lengkap.

“Kadangkala sesebuah negara mungkin kaya, tetapi kekayaan itu tidak sampai kepada masyarakat di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Pengarah Strategi Unitas Global Advisory, Dr Syed Hassan Abedin serta Pengarah Kanan Atlantic Council Millennium Leadership Program, Jonah Chaim Fisher.

Seramai 40 delegasi antarabangsa dari program tersebut telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Kuching sebagai sebahagian daripada agenda lawatan mereka di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan