Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata penambahan taska di tempat kerja merupakan langkah utama bagi mengatasi masalah penjagaan anak ketika bekerja.

Keperluan penambahan taska di tempat kerja menjadi keutamaan

ByWilly Jali

KUCHING, 11 Feb: Kerajaan menekankan kepentingan penambahan taska di tempat kerja sebagai satu langkah utama bagi mengatasi masalah penjagaan anak ketika bekerja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah ini bertujuan memastikan kesejahteraan keluarga terjamin serta meningkatkan produktiviti pekerja dengan menyediakan kemudahan penjagaan anak yang lebih mudah diakses.

“Kita dapat lihat di Semenanjung banyak pihak swasta yang membantu dengan menyediakan tempat bekerja dan memberi nasihat untuk mereka. Secara tidak langsung ia menunjukkan sokongan yang diberikan kami (kerajaan).

“Kita hanya mengharapkan lebih banyak usaha seperti ini dan kita dapat melihat komitmen yang diberikan oleh syarikat-syarikat serta individu yang menjaga anak-anak ini.

“Oleh sebab itu, kami sentiasa menyuarakan hal ini walaupun sering dibincangkan, kerana ia tetap penting untuk mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di sini, hari ini.

Tegasnya, industri penjagaan kanak-kanak dan warga emas menjadi fokus utama kerajaan tahun ini, terutama dalam pertemuan ASEAN yang membincangkan usaha bersama dalam memperkasa sektor ini.

Justeru, katanya, pihak kerajaan turut menawarkan latihan penjagaan di Institut Sosial Malaysia (ISM) bagi melahirkan penjaga berkelayakan.

“Kami juga menawarkan latihan di Institut Sosial Malaysia (ISM) dalam bidang penjagaan. Tahun lalu, kami telah mencapai 385 peserta, dan pada tahun ini, kami menyasarkan untuk melatih 485 peserta.

Latihan ini terbuka kepada semua, asalkan mereka mampu bekerja dan boleh memahami tugasan yang diberikan.

“Kami memberikan latihan kepada mereka dengan tujuan untuk melahirkan penjaga yang berkelayakan. Latihan ini bukan hanya untuk penjagaan orang tua dan kanak-kanak, tetapi juga untuk pelbagai keperluan lain secara umum,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan