Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, salah satu faktor utama kekurangan calon adalah ramai pemohon tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam pendidikan. Foto Suara Sarawak

Kekosongan guru di Sarawak masih banyak – Roland Sagah

BySuara Sarawak

KUCHING, 11 Feb: Meskipun ribuan permohonan telah diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), kekosongan bagi jawatan dalam Pengambilan Khas Guru Sarawak masih tinggi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, salah satu faktor utama kekurangan calon adalah ramai pemohon tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam pendidikan.

“Semalam, kami telah mengadakan taklimat bersama SPP mengenai perkembangan ini, dan memang masih banyak kekosongan walaupun jumlah permohonan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Kejohanan Robot Antarabangsa Borneo 2025 di sebuah hotel di sini, tengah hari tadi.

Menurut Roland, berdasarkan data Jabatan Pendidikan Negeri, sebanyak 96 peratus sekolah di Sarawak mempunyai tenaga pengajar untuk subjek-subjek sedia ada.

“Secara purata, hanya terdapat satu kekosongan guru bagi setiap sekolah. Sarawak mempunyai lebih 1,200 sekolah, termasuk sekolah rendah dan menengah.

“Justeru, kami berharap graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang bakal menamatkan pengajian dalam masa terdekat dapat mengisi kekosongan ini,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa setiap tahun, antara 500 hingga 1,000 kekosongan berlaku akibat faktor seperti persaraan dan peletakan jawatan atas alasan peribadi.

Berhubung isu calon guru yang menolak penempatan di luar bandar, Roland berkata perkara itu bergantung kepada keputusan individu.

Namun, ketika ditanya sama ada calon yang menolak penempatan akan disenarai hitam, beliau menjelaskan bahawa keputusan tersebut terletak di bawah bidang kuasa SPP.

“Jika mereka menolak, mereka tidak akan mendapat peluang itu lagi. Itu adalah keputusan mereka sendiri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan