Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan Australia

ByBernama

ISTANBUL, 10 Feb: Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa bahagian Australia pada Isnin berikutan permulaan musim monsun, lapor Anadolu Ajansi.

Sydney, ibu negeri New South Wales (NSW), dilanda hujan lebat dan banjir kilat, menurut penyiar nasional ABC.

Kira-kira 80 milimeter hujan turun dalam tempoh hanya satu jam, menyebabkan beberapa kenderaan terkandas dalam banjir.

Pihak berkuasa menjalankan 21 hingga 23 operasi menyelamat akibat banjir, manakala perkhidmatan kecemasan menerima lebih 550 panggilan bantuan, kata Penguasa Perkhidmatan Kecemasan Negeri NSW, Stuart Fisher.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya kekal berada di dalam rumah.

Ramalan cuaca menunjukkan lebih banyak ribut dijangka melanda kawasan itu.

Negeri Victoria di tenggara Australia turut menerima amaran banjir kilat pada Isnin.

Beberapa kawasan di negeri itu mencatatkan lebih 100 milimeter hujan sepanjang hari.

Keadaan cuaca buruk menyebabkan lebih 120 permintaan bantuan diterima di kawasan berkenaan.

North Queensland, yang sudah terjejas akibat banjir, dijangka terus menerima hujan lebat sepanjang musim monsun, dengan pakar meramalkan lebih banyak hujan akan turun di kawasan berkenaan.

Seorang wanita berusia 82 tahun disahkan sebagai korban kedua dalam bencana banjir di wilayah itu pada Selasa lepas.

Beberapa penduduk masih terperangkap di rumah mereka di North Queensland akibat banjir yang berlarutan selama 10 hari. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan