Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar bersama Erdogan pada pertemuan kedua-dua pemimpin di Putrajaya, di sini hari ini. Foto, Pejabat Perdana Menteri.

Anwar yakin Malaysia-Turkiye mampu capai perdagangan cecah A$ 10 bilion

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 11 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeyakinan Malaysia dan Turkiye mampu mencapai nilai perdagangan baharu yang tinggi mencecah A$10 bilion berdasarkan petunjuk ekonomi masing – masing.

Jelas Perdana Menteri, cadangan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala Malaysia – Turkiye sebagai cita-cita tinggi yang boleh direalisasikan.

“Tiada sebab mengapa ekonomi membangun dan pesat seperti Malaysia dan Turkiye tidak boleh meningkatkan perdagangan intra ini,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Erdogan di sini sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kedua – dua negara perlu meneroka pelbagai bidang yang menjanjikan pulangan ekonomi.

“Sehubungan itu, kita (Malaysia dan Turkiye) perlu meningkatkan kerjasama rentas sektor seperti semikonduktor, pertanian, elektrik dan elektronik (E&E), makanan dan minuman serta pertahanan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Malaysia dan Turkiye telah bertukar sebanyak 11 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama.

Kata Anwar, jumlah MoU yang banyak itu jarang berlaku dalam hubungan Malaysia dengan kebanyakan negara lain.

“Ini adalah kerjasama maksimum yang bermakna oleh menteri-menteri, birokrat dan syarikat perniagaan yang telah mengambil komitmen ini dengan sangat serius untuk melaksakannya,” katanya.

Antara perjanjian penting yang dimeterai adalah termasuk MoU kerjasama dalam peralihan tenaga di antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadilah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan