Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto, Bernama.

Anwar optimis kerjasama Turkiye-ASEAN beri kesan positif

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 11 Feb:Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis bahawa kerjasama membabitkan blok ASEAN dengan Turkiye mampu memberikan kesan positif terhadap kedua – dua belah pihak.

Jelas Perdana Menteri, ASEAN mampu menerima manfaat berdasarkan reputasi Presiden Turkiye, Recep Tayyp Erdogan sebagai seorang pemimpin yang sangat komited melaksanakan sebarang rancangan pembangunan dan kemajuan seperti dibuktikan di negaranya sendiri.

“Sebagai negara yang lebih besar (Turkiye), saya rasa kita berkongsi idea dengan Malaysia dan juga ASEAN.

“ASEAN menjadi rantau paling aman dan merupakan antara ekonomi paling pesat berkembang di dunia.

“Oleh itu, peluang dan kerjasama adalah baik,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Malaysia beri sokongan padu untuk PKS – Anwar

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia turut menghadiri forum berkenaan.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden NCCIM, Datuk Seri N. Gobalakrishnan dan Presiden DEIK, Nail Olpak.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, negara – negara ASEAN sudah mempunyai kerjasama termasuk dalam perkongsian sumber tenaga.

“Kita mempunyai kerjasama dalam tenaga iaitu Grid Kuasa ASEAN dari Vietnam ke Laos, Thailand, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Singapura, Indonesia, Sarawak, Sabah, selatan Filipina dan seterusnya ke Batam, Indonesia.

“Selain itu juga kita juga fokus dalam pendigitalan kesemua kawasan,” katanya.

Pada forum berkenaan, Perdana Menteri turut mengambil peluang mempromosikan kelebihan ASEAN kepada delegasi perniagaan Turkiye.

Kata Anwar, kerjasama yang dibentuk ASEAN berbeza serta tidak dapat dilihat di mana-mana bahagian lain di dunia.

“(Sebagai contoh) antara Malaysia dengan Thailand, (wujud) kerjasama bilateral yang memfokuskan pada kawasan yang kurang membangun seperti di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand selain memelihara keamanan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, bagi memupuk kerjasama dengan Singapura pula, kedua -dua negara jiran itu mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang melibatkan pelbagai industri.

“Kerjasama ini kita adakan bukan untuk impak ekonomi sahaja, tetapi berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang utuh,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan