Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin, mengorbankan tiga orang dan menyebabkan empat yang lain hilang, kata pihak berkuasa tempatan. Foto hiasan Envato

3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara

ByBernama

JAKARTA, 11 Feb: Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin, mengorbankan tiga orang dan menyebabkan empat yang lain hilang, kata pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku di Sungai Temangga kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan selepas bot itu dilaporkan melanggar kayu hanyut besar sebelum tenggelam.

Ketua Polis Kalimantan Utara Inspektor Jeneral Hary Sudwijanto berkata operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan semua sumber yang ada dikerahkan bagi mengesan serta menyelamatkan penumpang yang hilang.

“Kami memaksimumkan usaha pencarian di sepanjang Sungai Kayan. Pasukan gabungan telah dihantar ke beberapa lokasi strategik untuk mempercepatkan proses ini. Keutamaan kami adalah menyelamatkan mangsa yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat Tarakan, bot laju itu berlepas dari Pulau Tias di Tanjung Palas Tengah menuju ke Tanjung Selor selepas penumpang menghadiri majlis perkahwinan.

Mangsa yang terselamat, termasuk mereka yang memerlukan rawatan perubatan, telah dibawa ke hospital di Tanjung Selor selepas diselamatkan oleh sebuah bot laju berhampiran serta pasukan penyelamat, kata Ketua Operasi agensi itu, Didik Hariana. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan