Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga pagi ini, berbanding 1,047 orang melibatkan 325 keluarga malam tadi.

Sebanyak 707 orang (234 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 252 orang (63 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang (35 keluarga) di sebuah PPS daerah Membakut.

Menurut kenyataan itu, 18 kampung terjejas banjir dengan 13 daripadanya di Membakut, Beaufort (tiga), dan Kinabatangan (dua).

Di SARAWAK, sebanyak 1,001 orang mangsa banjir masih berada di sembilan PPS di empat bahagian iaitu Bintulu, Miri, Mukah dan Sibu, meningkat berbanding 992 orang malam tadi.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan, peningkatan berlaku berikutan pertambahan jumlah mangsa di Bintulu daripada 274 orang kepada 281 orang di dua PPS manakala di Miri bertambah kepada 279 mangsa daripada 277 orang di tiga PPS.

Jumlah mangsa di Bahagian Mukah pula kekal pada 438 orang di tiga PPS, sementara masih terdapat tiga lagi mangsa berlindung di satu PPS di Bahagian Sibu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan