KUANTAN, 10 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tiba di Pahang hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari.
Ketibaan mereka berdua dan rombongan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada pukul 12.30 tengah hari disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta isteri, Datin Seri Burhah Mohamad.
Dalam lawatan sehingga 12 Februari ini, beliau dan isteri akan menghadiri beberapa acara rasmi termasuk sesi menghadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota.
Lawatan rasmi ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan erat antara Sarawak dan Pahang.