Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terengganu FC (TFC) bakal diterajui tokoh korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Foto Terengganu FC (FB)

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi

ByBernama

SEREMBAN, 10 Feb: Terengganu FC (TFC) kembali mendapatkan rentak kemenangan dengan meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini malam Ahad.

Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) minggu lepas namun TFC tampil bangkit untuk menewaskan pasukan tuan rumah.

Skuad bimbingan Badrul Afzan Razali bermula garang dengan beberapa percubaan berbahaya ke gawang gol lawan namun berjaya dikekang pertahanan NSFC.

Bagaimanapun, usaha berterusan skuad Penyu berhasil menerusi jaringan pemain import Nurillo Tukhtasinov dari jarak kira-kira 30 meter, yang gagal ditepis penjaga gol tuan rumah Muhamad Aqil Abdul Razak pada minit ke-25.

TFC kekal menguasai perlawanan dengan dua percubaan berbahaya di luar kotak penalti menerusi Safawi Rashid dan Akhyar Abd Rashid pada minit ke-39 dan 43 namun sekadar melepasi palang, sebelum tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, NSFC terus mempertingkatkan intensiti permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58 menerusi percubaan pemain import, Jacque Faye namun pemain pertahanan Safwan Mazlan pantas menyepak keluar bola yang berada hampir di garisan gol.

Pasukan pelawat dihadiahkan dengan sepakan penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR) selepas bola terkena tangan pemain NSFC dalam kotak penalti yang pantas diambil oleh Nelson Bonilla pada minit ke-79 justeru meletakkan TFC selesa di hadapan.

TFC kini di tangga keempat carta liga dengan 27 mata manakala NSFC di kedudukan ke-12 dengan sembilan mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan