Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti, Syvester Empan dan Rafidah Ilias. Foto TVS

Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan SKAS perkasa Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti dalam membantu masyarakat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 10 Feb: Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) amat membantu petugas pusat khidmat wakil rakyat dalam menambah baik penyampaian maklumat.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti, Syvester Empan berkata dengan maklumat yang tepat, pihaknya terus komited membantu masyarakat yang memohon bantuan untuk mendaftar SPay Global.

“Sebenarnya, orang ramai telah mula mendaftar atau memohon bantuan daripada pusat khidmat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menghadiri Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan SKAS bersama Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak, Miri, hari ini.

Syvester turut menegaskan bahawa bagi memastikan lebih ramai penduduk memahami manfaat serta proses permohonan SKAS, Pusat Khidmat Sibuti mengambil inisiatif untuk menyampaikan maklumat melalui pelbagai platform.

“Kami akan menyebarkan maklumat melalui laman Facebook rasmi pusat khidmat, selain penerangan secara langsung di pusat khidmat serta program komuniti bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan SKAS,” tambahnya.

Setiausaha Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti, Rafidah Ilias berkata taklimat ini memberikan panduan tentang proses pendaftaran SKAS serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pemohon, seperti isu teknikal dalam proses pendaftaran.

Bagi mengatasi masalah ini, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program turun padang untuk memberikan penerangan kepada penduduk.

“Sebagai contoh, esok kami akan mengadakan program pasca banjir. Dalam program ini, kami akan berinteraksi dengan penduduk sekitar dan bertanya sama ada mereka telah mendaftar untuk SKAS.

“Jika belum, kami akan memberi panduan serta membantu mereka membuat permohonan di pusat khidmat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan