Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan

ByBernama

ULSAN (Korea Selatan), 10 Feb: Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.

Letupan itu berlaku pada 11.15 pagi di sebuah loji di Ulsan, kira-kira 310 kilometer tenggara Seoul, menurut pihak bomba.

Kedua-dua mangsa merupakan pekerja yang membuka tangki untuk memeriksa tahap bahan kimia ketika letupan berlaku.

Seorang pekerja berusia 30-an tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital. Mangsa menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada sebelah petang.

Seorang lagi pekerja mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan stabil dan tidak mengancam nyawa.

Kebakaran berjaya dipadamkan selepas kira-kira tiga jam dengan lebih 230 anggota bomba serta 44 peralatan, termasuk jentera bomba, dikerahkan dalam operasi pemadaman.

Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan bagi menggerakkan semua sumber yang ada untuk memadamkan kebakaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan