Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk Program Kepimpinan Perantisan Wanita. Foto TVS

Program Kepimpinan Perantisan Wanita ditambah baik, permohonan dibuka 17 Februari

ByWilly Jali

KUCHING, 10 Feb: Permohonan bagi Program Kepimpinan Perantisan Wanita (PERANTIS) 2.0 akan dibuka pada 17 Februari ini dengan peruntukan yang lebih besar, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta untuk program kali ini, selaras dengan usaha menangani jurang gender dalam kepimpinan ekonomi dan politik.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan wanita untuk memohon PERANTIS, yang telah diperkenalkan dengan peruntukan RM5 juta oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada Hari Wanita Antarabangsa tahun lalu.

“Program ini bertujuan menangani jurang gender dalam kepimpinan, kerana walaupun wanita cemerlang dalam pendidikan, mereka masih kurang diwakili dalam kepimpinan ekonomi dan politik,” katanya pada sidang media Persidangan Keusahawanan Wanita 2025 di sini, hari ini.

Jelas Nancy, program PERANTIS yang bertujuan menyediakan bimbingan, sumber dan platform untuk wanita mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, telah diteruskan dan diperluaskan pada tahun ini.

Tambahnya, PERANTIS bakal diperluaskan dengan menyasarkan 100 pemimpin wanita di seluruh negara dan 5,000 peserta pada tahun 2025.

“PERANTIS diwujudkan bagi menyediakan bimbingan, sumber dan platform kepada wanita untuk berjaya. Tahun lalu, daripada lebih 350 permohonan, sebanyak 25 program telah diluluskan, memberi manfaat kepada 1,247 peserta dengan peruntukan RM1.2 juta.

“PERANTIS bukan sahaja diteruskan, malah diperluaskan secara signifikan. Sasaran telah ditingkatkan kepada 100 pemimpin wanita di seluruh negara, dengan setiap seorang bakal menerima sehingga RM50,000 untuk program mereka. Kami juga menyasarkan untuk mencapai 5,000 peserta wanita pada tahun 2025,” katany. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan