Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 4,000 pokok orkid dianggar bernilai RM2 juta. Foto Briged Tenggara PGA (FB)

PGA gagalkan cubaan seludup 4,000 pokok orkid bernilai RM2 juta

ByBernama

KOTA BHARU, 10 Feb: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 4,000 pokok orkid dianggar bernilai RM2 juta dipercayai dibawa masuk dari negara jiran di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kejayaan itu susulan pemantauan rapi Op Taring Wawasan Kelantan sebelum PGA menahan sebuah lori kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan kesemua pokok orkid terbabit yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan.

“Tanaman itu juga disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit yang boleh mengancam sektor pertanian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori itu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun dan dipercayai bertindak sebagai penghantar kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan