Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Envisioning a Low-Carbon Future: Sarawak's Journey Towards Sustainable Development di Institut Yusof Ishak (ISEAS), di sini hari ini. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Loji CCGT siap menjelang 2027

SINGAPURA, 10 Feb: Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) di Miri dan Kuching dijangka siap menjelang tahun 2027, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dengan kapasiti gabungan 1,000 megawatt (MW), loji ini bukan sahaja mengukuhkan bekalan tenaga di utara Sarawak tetapi juga berpotensi menyokong Sabah dan Brunei.

Teknologi campuran metana-hidrogen yang digunakan mampu meningkatkan kecekapan tenaga serta mengurangkan jejak karbon, selaras dengan visi Sarawak sebagai hab tenaga hijau serantau.

“Matlamat kita adalah untuk meningkatkan kapasiti elektrik kepada 10GW menjelang 2030 dan 15GW menjelang 2035, selain mengukuhkan Sarawak sebagai Pusat Tenaga Hijau di ASEAN.

“Pengembangan ini bukan sahaja menyokong industri dan memacu teknologi hijau, tetapi juga membuka peluang untuk eksport elektrik serantau.

“Malah usaha kami tidak terhenti di sini kerana Sarawak berhasrat untuk menjadi ‘Bateri ASEAN’ dengan membekalkan tenaga bersih dan meningkatkan interkoneksi merentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demkian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Envisioning a Low-Carbon Future: Sarawak’s Journey Towards Sustainable Development di Institut Yusof Ishak (ISEAS), di sini hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari memaklumkan Sarawak merancang untuk membina tiga lagi loji CCGT di Bintulu dengan kapasiti 500MW setiap satu menjelang 2027.

Dengan kapasiti tambahan ini, Sarawak akan dapat memenuhi permintaan Sabah untuk membekalkan tenaga 100MW.

Sehubungan itu, Premier Sarawak itu menambah, kerjasama dengan Jepun, Korea Selatan, dan China juga akan mengembangkan rantaian bekalan hidrogen Sarawak, menempatkan wilayah itu di barisan hadapan sebagai peneraju dalam ekonomi hidrogen hijau di rantau Asia-Pasifik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan