Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

KPN terus perkukuh usaha meningkatkan kesedaran, kefahaman isu perpaduan

ByMarzella Sigai

KUCHING, 10 Feb: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuhkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program-program yang bersifat inklusif dan berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, bagi memastikan perpaduan negara terus dipelihara dan diperkukuh, tema Harmoni Dalam Kepelbagaian telah diangkat tahun ini dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, budaya, dan agama yang menjadi asas kekuatan negara ini.

“Pada tahun 2024, KPN telah melaksanakan sebanyak 730 program yang merangkumi kluster Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Komuniti Rahmah.

“Pelaksanaan pelbagai program ini bertindak sebagai tapak integrasi nasional yang dapat meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pandangan, cadangan dan kritikan membina yang dikemukakan oleh Pengarah Pengajian Asia Universiti Tasmania Prof Dr James Chin berhubung kerelevanan KPN.

Sementara itu, mengenai pengurusan isu perpaduan, beliau telah meminta kementerian menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian bagi meneliti kesemua insiden atau isu perpaduan yang berlaku di negara ini.

Jelasnya, penubuhkan JPIP ini juga akan membolehkan KPN bertindak pantas dalam memberikan maklum balas dan nasihat kepada rakyat Malaysia.

“Selain JPIP, Kementerian juga telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif dalam mengurus isu perpaduan, antaranya pelaporan melalui sistem eSepakat, penubuhan lapan buah pusat mediasi komuniti, pelantikan 571 mediator komuniti, pemantauan melalui Dashboard Analitik Perpaduan serta pandangan melalui dua jawatankuasa utama iaitu Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan JK HARMONI,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, jelas Aaron, beliau sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan membina yang semua pihak tidak kira wakil rakyat, ahli akademik, pihak swasta mahupun inidividu.

“Hanya dengan kerjasama dan komitmen bersama, kita dapat memastikan perpaduan negara terus dipelihara dan diperkukuh, serta mencapai matlamat negara untuk kemakmuran dan kestabilan jangka panjang,” katanya lagi.

Untuk makluman, keahlian JPIP ini adalah terdiri daripada wakil Kementerian Perpaduan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Southeast Asia Regional Centre For Counter-Terrorism, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa ahli akademik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan