Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Australia usaha dapatkan pengecualian tarif keluli, aluminium dari AS

ByBernama

CANBERRA, 10 Feb: Kerajaan Australia sedang berusaha mendapatkan pengecualian tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import keluli dan aluminium, lapor Xinhua.

Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Don Farrell pada Isnin berkata kerajaan persekutuan sedang berusaha memastikan perdagangan dengan AS kekal terbuka dan bebas.

“Kami secara konsisten memperjuangkan perdagangan bebas dan adil, termasuk akses ke pasaran AS untuk keluli dan aluminium Australia,” katanya dalam satu kenyataan.

Farrell menegaskan bahawa industri keluli dan aluminium Australia menyediakan ribuan pekerjaan di AS dan memainkan peranan penting untuk kepentingan pertahanan bersama.

Presiden AS Donald Trump pada Ahad mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke negara itu mulai Isnin.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese memberitahu parlimen persekutuan di Canberra pada Isnin bahawa beliau mengatur perbincangan dengan Trump berhubung tarif baharu itu.

Menurut Australian Broadcasting Corporation, Australia mengeksport 223,000 tan keluli dan 83,000 tan aluminium ke AS pada 2024.

Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Perdana Menteri Malcolm Turnbull pada 2018 berjaya melakukan rundingan pengecualian tarif keluli dan aluminium ketika penggal pertama Trump. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan