Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi. Foto Media sosial

Suspek kes tembak di pusat beli-belah Setia Alam dikenal pasti – Polis

ByBernama

SHAH ALAM, 9 Feb: Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki warga tempatan berumur 30-an yang berkulit cerah itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Pekerja pembersihan cedera insiden tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam

“Polis sedang giat mengesan dan berusaha untuk menangkap suspek. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata pihaknya telah menerima tujuh laporan polis yang dibuat oleh saksi awam dan beliau menggesa mereka yang melihat atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad menerusi talian 016-7252948.

Terdahulu, Hussein berkata polis Selangor mengesahkan menerima maklumat orang awam berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa dalam kejadian itu bekerja sebagai tukang cuci di dalam premis berkenaan dan ketika dia sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1, suspek tiba-tiba telah melepaskan empat das tembakan mengenai kaki serta punggung mangsa.

“Walaupun mengalami kecederaan, mangsa terus melarikan diri ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan manakala suspek lari ke aras P2.

“Suspek kemudian bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah itu sambil mengacukan pistol kepadanya serta memaksa untuk membawanya keluar dari kawasan Shah Alam,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata ketika melalui sebuah lebuh raya, suspek telah meminta untuk berhenti di tepi jalan sebelum menghilangkan diri.

Semalam, tular dalam media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan