Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan dan mogok lapar yang diadakan beberapa individu, dipercayai ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Penjara Sungai Buloh dekat sini, pagi semalam. Suara Rakyat Malaysia (FB)

Polis siasat perhimpunan dan mogok lapar keluarga tahanan SOSMA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan dan mogok lapar yang diadakan beberapa individu, dipercayai ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Penjara Sungai Buloh dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya mengesan perhimpunan tersebut sekitar 8.10 pagi dan mendapati seramai 40 hingga 50 individu, termasuk kanak-kanak berkumpul di lokasi terbabit sambil memegang sepanduk.

“Hasil siasatan awal mendapati tujuan perhimpunan tersebut diadakan adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta SOSMA. Para peserta perhimpunan juga dipercayai memiliki ahli keluarga yang sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh di bawah akta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Mohd Hafiz berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan individu yang terbabit dalam himpunan tersebut sedang dikenal pasti untuk dirakam keterangan pada masa terdekat.

Beliau berkata penganjur perhimpunan berisiko dikenakan tindakan denda sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurliyana Shariffuddin di talian 010-8435654 atau balai polis berhampiran.

Media semalam melaporkan beberapa ahli keluarga tahanan SOSMA memulakan mogok lapar di luar Penjara Sungai Buloh sebagai bentuk protes setelah permohonan mereka untuk lawatan ditolak, serta mendesak kerajaan memansuhkan akta terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan