Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis di negeri Queensland, Australia mengesahkan penemuan bahagian tubuh manusia di dalam seekor buaya dalam usaha mencari seorang lelaki berusia 60 tahun yang dilaporkan hilang di Aurukun. Foto hiasan Envato

Polis Australia temukan bahagian tubuh manusia dalam buaya

ByBernama

SYDNEY, 9 Feb: Polis di negeri Queensland, Australia mengesahkan penemuan bahagian tubuh manusia di dalam seekor buaya dalam usaha mencari seorang lelaki berusia 60 tahun yang dilaporkan hilang di Aurukun, wilayah utara Queensland, lapor Xinhua.

Polis dan pegawai hidupan liar menemukan buaya itu di Sungai Watson pada Jumaat malam sebelum ia ditakai. Ujian forensik yang dijalankan pada pagi Sabtu mengesahkan kehadiran bahagian manusia di dalam reptilia itu.

Ujian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti bahagian tubuh manusia dan keluarga lelaki berkenaan serta majlis tempatan telah dimaklumkan mengenai perkembangan itu, menurut polis.

Pada 1 Februari, polis mengumumkan bahawa lelaki itu kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya sekitar tengah hari pada 30 Januari dan tidak dapat dikesan sejak itu. Dia dipercayai menuju ke muara Sungai Ward, Watson dan Archer untuk memancing.

Operasi pencarian melibatkan pasukan polis, sukarelawan Perkhidmatan Negeri dan Kecemasan (SES), aset udara termasuk helikopter dan dron, serta renjer hidupan liar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan