Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto YADIM Terengganu (FB)

Pengarah YADIM Terengganu meninggal dunia

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 9 Feb: Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu Nasrul Hadi Saiadin meninggal dunia hari ini di Hospital Tanah Merah, Kelantan dipercayai akibat serangan jantung.

Penolong Pengarah Yadim Terengganu Ali Azfar Khairul Faiz ketika dihubungi berkata Nasrul Hadi, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 7.15 malam tadi.

“Nasrul Hadi pengsan ketika berada di dalam kereta yang dipandu isterinya petang tadi sebelum dikejarkan ke hospital.

“Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti di kampung Allahyarham di Kedah dan dalam perjalanan ke Besut,” katanya.

Difahamkan Allahyarham yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah dijadualkan menghadiri satu program di Pulau Perhentian, esok.

Ali Azfar berkata jenazah masih berada di Hospital Tanah Merah dan maklumat mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh ahli keluarga kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan