Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan seorang wanita kerugian RM115,786 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa sejak Januari lepas. Foto hiasan Envato

Pelajar rugi lebih RM110,000 terpedaya sindiket panggilan telefon

ByBernama

IPOH, 9 Feb: Polis mengesahkan seorang wanita kerugian RM115,786 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata mangsa berusia 25 tahun, yang juga pelajar sebuah universiti di luar negara menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Jan lepas.

“Suspek mendakwa nombor telefon yang didaftarkan atas nama mangsa telah digunakan untuk membuka akaun yang terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram. Kemudian panggilan itu kononnya disambung ke balai polis di China.

“Mangsa telah bercakap dengan individu yang mengaku sebagai polis, dan pendakwa raya meminta mangsa memberikan maklumat akaun, nombor kad pengenalan dan alamat selain mangsa diminta mengikuti segala arahan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata mangsa yang ketakutan telah memberikan segala maklumat seperti yang diminta suspek dan kemudiannya mangsa diminta memasukkan sejumlah wang tunai ke lima akaun yang diberikan suspek, kononnya untuk siasatan.

Beliau berkata mangsa memindahkan wang tunai RM115,786 sejak 15 Jan hingga 4 Feb lepas ke lima akaun yang berbeza.

“Pada 4 Feb lepas mangsa dimaklumkan bahawa siasatan telah selesai dan diarahkan pergi ke balai polis terdekat untuk mendapatkan surat. Apabila mangsa datang ke balai polis dan bertanya tentang perkara itu, barulah mangsa menyedari dia telah ditipu, dan membuat laporan polis sehari kemudian,” katanya.

Mohamad Nasir berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan