Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mydin meneruskan komitmennya dalam membantu komuniti dengan menganjurkan ‘Jelajah Generasi Pintar 2025’ bertujuan meringankan beban keluarga B40 dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

Jelajah Generasi Pintar, inisiatif Mydin bantu pelajar B40 sedia kelengkapan persekolahan

ByHandy G

SUBANG JAYA, Feb 9: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan komitmennya dalam membantu komuniti dengan menganjurkan ‘Jelajah Generasi Pintar 2025, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan meringankan beban keluarga B40 dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

Sebagai sebahagian daripada Program Kembali ke Sekolah, Mydin bekerjasama dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung untuk menyalurkan bantuan kepada 50 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga B40 yang diadakan di Mydin Subang Jaya.

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Mydin untuk membantu pelajar yang memerlukan, seiring dengan pelbagai program CSR syarikat tersebut.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chun dalam memastikan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan mendapat persiapan sekolah yang sewajarnya,” katanya pada Jelajah Generasi Pintar 2025 di Mydin USJ di sini pada Sabtu.

Chean Chung, dalam ucapannya, menzahirkan penghargaan kepada Mydin atas usaha membantu masyarakat kurang berkemampuan.

“Program ini adalah sebahagian daripada tiga inisiatif ‘Back to School 2025′ yang dianjurkan Parlimen Petaling Jaya di kawasan berbeza, dengan kerjasama syarikat korporat.

“Ia memberi impak positif kepada keluarga yang berdepan cabaran dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

Turut menyokong inisiatif ini adalah syarikat pembekal Mydin, ABARO, yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh berkata bahawa setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, memberi makna besar kepada pelajar-pelajar ini.

“Setiap sumbangan amat bermakna kepada adik-adik kita yang merupakan pelapis kepada generasi akan datang.

“Kerjasama strategik antara sektor korporat dan kerajaan diharap dapat terus diperkukuhkan bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat manfaat daripada inisiatif seumpama ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan