Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini berkaitan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam semalam, melalui media rasmi dan polis sahaja.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan orang ramai terjebak dengan maklumat palsu hingga berpotensi mencetuskan kegusaran awam.

Pada masa sama, Fahmi menasihati orang ramai supaya tidak terus mempercayai segala maklumat yang dilihat di media sosial, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes jenayah.

Berang diminta alihkan barang dipercayai punca suspek lepaskan tembakan

“Saya ingin beri peringatan, rujuklah media rasmi Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia), RTM. Janganlah bertindak sebar maklumat seolah-olah kita berada di lokasi kejadian, seolah-olah kita penyiasat kes itu.

“Kemudian timbulkan pelbagai andaian dan teori, jadi perlulah berpada-pada. Paling saya risau bila kandungan atau laporan itu dihasilkan dan menunjukkan seolah-olah ia betul-betul berlaku,” katanya yang turut memberikan contoh tindakan seorang pempengaruh negara ini yang membuat kandungan palsu menyatakan rakan wanitanya hilang dalam hutan di Indonesia, baru-baru ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Perayaan 60 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi di Wisma Radio RTM di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi Dr Md Radzi Hanafi.

Berang diminta alihkan barang dipercayai punca suspek lepaskan tembakan

Semalam, media melaporkan berlaku kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam, yang menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

Sementara itu, Fahmi berkata Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang dilancarkan pada 28 Jan lepas, telah mendapat sambutan positif daripada pengguna.

Beliau berkata Chatbot AIFA diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  bertujuan memerangi maklumat palsu dan membolehkan pengguna menyemak berita tidak ditentusahkan dalam talian itu, setakat Khamis lepas telah menerima 53,302 soalan.

Berang diminta alihkan barang dipercayai punca suspek lepaskan tembakan

“Purata dalam sehari Chatbot AIFA ini mengendalikan kira-kira 5,330 soalan pengguna dengan kebanyakannya memohon pengesahan daripada berita dan maklumat yang tersebar di media sosial terutamanya aplikasi WhatsApp,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi mempelawa persatuan seni silat di negara ini menjadi rakan strategik Kementerian Komunikasi terutamanya dalam usaha memerangi penyebaran berita palsu serta pendidikan tentang kepentingan melindungi keselamatan diri dalam talian.

“MCMC giat gerakkan kempen kesedaran keselamatan dalam talian. Di sini rakan-rakan persatuan boleh bersama, ikut program ke sekolah, pusat pengajian tinggi, untuk bantu kita tingkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar tentang peri penting menjaga keselamatan diri bukan sahaja di dunia nyata malah dalam talian,” katanya. -TVS


		

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan