Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran Pasar Raya Emart Tudan semalam, merupakan seorang individu yang dilaporkan hilang sejak 29 Januari lalu. Foto IPD Miri

Identiti mayat lelaki ditemui dalam parit disahkan OKU hilang Januari lalu

ByVanessa Enjop

MIRI, 9 Feb: Pihak polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki ditemui di dalam parit berhampiran Pasar Raya Emart Tudan semalam, merupakan seorang individu yang dilaporkan hilang sejak 29 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mayat itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan yang sedang mencari rebung di kawasan tersebut sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam parit

“Salah seorang ahli keluarga si mati telah mengecam mayat yang ditemui sebagai adiknya yang sebelum ini dilaporkan hilang di Balai Polis Lutong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ketidakupayaan penglihatan dan mempunyai masalah mental.

Pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga mangsa di lokasi penemuan sekitar jam 5 petang semalam.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan pada tubuh badan mangsa.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan pada tubuh badan mangsa.

“Buat masa ini, pihak polis telah membuka satu siasatan laporan mati mengejut (SDR) bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” tambahnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

“Kami meminta orang ramai untuk sentiasa peka dengan persekitaran mereka dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan, sila laporkan kepada polis di balai berdekatan atau hubungi talian 085-433730,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan