Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto TVS

HRD Corp kutip levi RM2.1 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah

ByAmirah Shawel

PUCHONG, 9 Feb: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) merekodkan kutipan levi sebanyak RM2.3 bilion daripada majikan pada tahun lalu, berbanding RM2.1 bilion pada tahun 2023.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, jumlah kutipan itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

“Pada kami (kementerian) mandat adalah jelas, kami di sini bukan hanya ingin mengutip levi anda (majikan). Kami ingin memastikan levi ini digunakan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025, di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sing Ming, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Azman Mohd Yusof, Pengerusi HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 85 peratus daripada tuntutan levi telah disalurkan semula kepada majikan dan penyedia latihan.

Sementara itu, Sim berkata, kerajaan juga komited untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan terutama dalam pemprosesan tuntutan levi menerusi Dasar Rekayasa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“Jika sebelum ini proses tuntutan levi oleh majikan mengambil masa seminggu, tahun ini kita sasarkan hanya satu jam.

“Untuk penyedia latihan, tempoh pemprosesan dikurangkan daripada tujuh hari kepada hanya tiga hari,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, inisiatif itu adalah antara usaha kerajaan dalam memastikan pengurusan dana latihan adalah lebih cekap, telus dan memberi manfaat kepada tenaga kerja negara.

Steven berkata, reformasi sedemikian juga akan memastikan majikan dan penyedia latihan mendapat akses yang lebih pantas kepada dana dalam usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan