Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Selangor FC Ali Iyad Ali Olwan (tengan) mengawal bola ketika diasak pemain pasukan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. Foto Bernama

Gol Ali, Fernandez bantu Selangor benam Sri Pahang

ByBernama

PETALING JAYA, 9 Feb: Dua gol di separuh masa pertama sudah memadai untuk Selangor mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.

Penyerang import dari Jordan, Ali Olwan meletakkan pasukan di depan menerusi gerakan solo melepasi empat pemain lawan di sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan leret ke kanan pintu gol, menewaskan penjaga gol Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-14.

Skuad Gergasi Merah menambah jaringan kedua selepas penyerang import dari Chile, Ronnie Fernandez dengan tenang melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-39.

Sebagai rekod, Ahad lepas Sri Pahang mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menyingkirkan Sabah FC di separuh akhir sekali gus menempah pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), hujung April depan.

Kemenangan dicatat Selangor menyaksikan JDT selaku juara bertahan terpaksa menunggu lebih lama untuk mengesahkan kejuaraan kali ke-11 berturut-turut musim ini.

Berbaki lima perlawanan, Selangor kini di tangga kedua dengan mengumpul 42 mata manakala JDT dengan 55 mata di persada liga.

Tempat ketiga diisi Sabah yang mengumpul 32 mata selepas 17 perlawanan sementara Terengganu FC dengan 24 mata setelah 16 perlawanan.

Sri Pahang di tangga ke-11 dengan mengumpul 16 mata selepas 17 perlawanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan