Tegucigalpa, 9 Feb: Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di Laut Caribbean menggegarkan utara Honduras pada petang Sabtu, menurut laporan Sekretariat Pengurusan Risiko dan Kontingensi (COPECO) Honduras.
Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak berhampiran Kepulauan Cayman, kira-kira 298 km di utara-timur laut Puerto Lempira, lapor Xinhua.
Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, namun pemantauan masih diteruskan sebagai langkah pencegahan.
Menurut media tempatan, gegaran itu dapat dirasai di utara Honduras selama kira-kira 15 saat serta di barat Cuba.
Berikutan ancaman tsunami, COPECO mengisytiharkan amaran kuning bagi pantai Caribbean Honduras untuk tempoh 24 jam bermula 6 petang Sabtu waktu tempatan (0000 GMT Ahad). -TVS