Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa keselamatan awam China memperketatkan keperluan daftar masuk hotel bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan keselamatan mereka. Foto hiasan Envato

China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan

ByBernama

BEIJING, 9 Feb: Pihak berkuasa keselamatan awam China memperketatkan keperluan daftar masuk hotel bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan keselamatan mereka, menurut Kementerian Keselamatan Awam pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga, serta merekodkan butiran individu yang menemani mereka bagi mencegah jenayah seperti pemerdagangan kanak-kanak.

Pada 2024, hotel di seluruh negara melaporkan lebih 42 juta daftar masuk kanak-kanak, sementara pihak berkuasa keselamatan awam menjalankan 522,000 pemeriksaan terhadap aktiviti yang mencurigakan, menurut kementerian itu.

Kementerian turut mengeluarkan beberapa kes contoh berkaitan pemeriksaan maklumat kanak-kanak di kaunter hotel. Dalam satu kejadian pada September 2024 di Wilayah Heilongjiang, timur laut China, tiga individu dewasa cuba mendaftar masuk bersama seorang bayi tetapi gagal mengemukakan dokumen pengenalan sah bagi kanak-kanak itu.

Kakitangan hotel segera melaporkan insiden itu kepada polis, yang kemudian mendapati bayi berkenaan telah dilarikan. Hasilnya, kes pemerdagangan kanak-kanak berjaya diselesaikan.

Dalam satu lagi kes pada Jun 2024 di sebuah hotel di Shanghai, dua kanak-kanak lelaki enggan memberikan maklumat penjaga mereka. Pihak hotel segera menghubungi polis, yang kemudian mendapati mereka telah melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibu bapa. Pihak berkuasa memastikan mereka kembali dengan selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan