Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Sumbangan 'Back to School' Sesi Persekolahan 2025 di Mydin Vista Tunku, Kuching, hari ini. Foto Willy Jali (TVS)

460 pelajar terima manfaat bantuan ‘Back to School’

ByWilly Jali

KUCHING, 9 Feb: Seramai 460 pelajar di sekitar Kuching telah menerima sumbangan persekolahan menerusi Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Sumbangan ‘Back to School’ Sesi Persekolahan 2025 di Mydin Vista Tunku di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program bantuan ini menyasarkan pelajar sekolah bagi memastikan golongan yang mendapat sokongan yang sewajarnya dalam meneruskan sesi persekolahan.

“Sebenarnya, setiap tahun, memang kita akan terlibat bersama menjayakan program ini. Kebanyakannya program ini untuk pelajar sekolah-sekolah di sekitar Sarawak.

“Bantuan ini disumbangkan melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Hari ini melibatkan sumbangan kepada 460 pelajar. Semalam (Sabtu) kita berada di Lundu dan menyumbangkan kepada 220 pelajar. Ia bukan hanya merangkumi sekolah-sekolah bawah P193. Kita masukkan juga di sekolah sekitar di Kuching,” katanya pada sidang media program tersebut.

Mengulas mengenai program bantuan yang dijalankan di Semenanjung, beliau memaklumkan bahawa pihak YKN turut terlibat bersama untuk menyalurkan bantuan ke negeri-negeri di Semenanjung

Jelas Nancy, langkah ini bertujuan memastikan pengagihan bantuan kebajikan lebih tersusun dan berkesan sekali gus memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara secara lebih menyeluruh.

“Negeri lain tetap diberi perhatian, namun saya menumpukan fokus kepada Sarawak. Bagi negeri-negeri lain, urusan tersebut diserahkan kepada (Timbalan Menteri KPWKM).

“Untuk makluman, di Semenanjung terdapat ramai penaja serta pihak yang menyalurkan bantuan dan sumbangan. Selain itu, YKN juga akan diwakili oleh timbalan saya bagi menyalurkan bantuan ke negeri-negeri di Semenanjung,” katany.

Terdahulu, Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Sumbangan ‘Back to School’ Sesi Persekolahan 2025 telah dijalankan di kawasan Lundu yang melibatkan 220 pelajar telah mendapat bantuan persekolahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan