Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto menunjukkan sebuah van polis di kejiranan "Cite du Peterbos", di mana seorang lelaki terbunuh dalam satu insiden tembakan baru yang dikaitkan dengan pengedaran dadah di perbandaran Anderlecht, Brussels, pada 7 Februari 2025. Foto AFP

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels – Wisma Putra

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Feb: Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.

Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam nasihat medianya pada Jumaat berkata ia memantau keadaan dengan teliti dan menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Belgium untuk sentiasa berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Brussels di Avenue de Tervueren, 414A, Brussels menerusi telefon di +322 776 0340 / +32 477 32 07 86 (di luar waktu pejabat) atau melalui e-mel di mwbrussels@kln.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan